Mar 062012
 

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-sign_0 Another restaurant joining Bandar Baru Bangi’s large list of eating spots is Restoran Ayam Penyet AP. One of the first restaurants to open at the new set of Paragon shop lots, the restaurant serves Smashed Chicken or Ayam Penyet dishes alongside other Javanese dishes in a kopitiam setting.

Satu lagi restoran yang menyertai senarai tempat makan-makan di Bandar Baru Bangi adalah Restoran Ayam Penyet AP. Salah satu restoran pertama yang buka di lot kedai baru Paragon, restoran ini menyajikan hidangan Ayam Penyet bersama-sama hidangan Jawa lain dalam suasana kopitiam moden.

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-inside Located along the same row as Hotel Bestview on the opposite side of the road as Restoran Amir, Restoran Ayam Penyet AP goes for a modern kopitiam or coffee shop sort of look and feel. This includes wooden blinds and mist fans on the outside along with an inner area on the inside. While the restaurant is mainly cooled by fan, there are a lot of them so it is quite cool and comfortable here. The furniture is mainly wood while the decor consists of big pictures following the Ayam Penyet theme.

Terletak di barisan kedai yang sama dengan Hotel Bestview serta bertentangan Restoran Amir, Restoran Ayam Penyet AP menamppakkan ciri-ciri kopitiam moden atau jenis kedai kopi. Ini termasuk bidai kayu dan kipas kabus di luar bersama-sama dengan ruang dalaman di bahagian dalam. Walaupun restoran ini disejukkan dengan kipas, terdapat banyak kipas jadi ia agak sejuk dan selesa di sini. Perabot di sini semuanya jenis kayu manakala hiasan terdiri daripada gambar besar mengikut tema Ayam Penyet.

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-set-1a Since this is an Ayam Penyet restaurant, we tried out their signature Ayam Penyet set for RM10.90 along with some half boiled eggs at RM2.80. The set is typical kopitiam price and comes with a choice between hot tea or cold tea. The chicken itself is very tasty, with the meat of the chicken being so soft and tender that it just falls off the bones. They seem to have the technique done very well as there were no broken bones, just super soft fried chicken. The chicken comes along with some tempe, vegetables and spicy sambal. While the chicken tastes great, the dish tastes a bit bland without the sambal, so make sure that you can take hot stuff. Portions are normal sized. There were a number of other Javanese dishes including Rawon beef soup, fried fish (ikan lele), prawns, beef rendang and some western side dishes. The drinks were mainly kopitiam style coffee, tea and milo but there were some milkshakes juices and ice cream or ABC desserts that may catch your fancy.

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-ayam Disebabkan ini adalah sebuah restoran Ayam Penyet, kami pun cubalah set Ayam Penyet mereka pada harga RM10.90 bersama-sama dengan telur separuh masak pada RM2.80. Harga set di sini sama dengan harga kopitiam biasa dan datang dengan pilihan antara teh panas atau teh sejuk. Ayamnya sendiri adalah sangat sedap, dengan daging ayam jadi lembut sehinggakan seperti jatuh sahaja daripada tulang. Teknik mereka cukup baik kerana tiada tulang yang patah atau pecah, hanya ayam goreng yang amat lembut. Ayam penyet ini datang bersama-sama dengan beberapa bahagian tempe, sayur-sayuran dan sambal yang pedas. Walaupun ayam rasa sedap, nasi dengan sayuran serta tempe rasa sedikit tawar tanpa sambal, jadi pastikan bahawa anda boleh tahan pedas dahulu. Saiz hidangan berpatutan tetapi biasa sahaja. Terdapat beberapa hidangan Jawa yang lain termasuk sup Rawon daging lembu, ikan goreng (ikan lele), udang, rendang daging lembu dan beberapa hidangan bahagian barat. Minuman di sini mengikut gaya kopitiam dengan kopi, teh dan milo bersertakan beberapa jus dan susu kocak aiskrim atau ABC.

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-menu-4 Service is generally good, but bear in mind that we came when there weren’t many people,  so we don’t know how they’ll handle during a lunch crowd. They almost forgot about the half boiled eggs but they must have noticed me glaring at them with my hand in the shape of a bowl. When they did notice it came very quickly so at least they do watch their customers. Parking is surprisingly bad though. I think that this is because there are too many spots for motorcyclists, not enough for cars. We had to park quite a distance away.

Layanan di sini secara amnya adalah baik, tetapi kami datang apabila tidak ramai orang, jadi kami tidak tahu bagaimana mereka akan mengendalikannya semasa orang ramai seperti waktu makan tengah hari. Mereka hampir terlupa tentang telur separuh masak tetapi mereka sedar yang saya tengah merenung mereka seperti marah. Apabila mereka sedar telurnya datang dengan cepat jadi sekurang-kurangnya mereka tidaklah endah tak endah pelanggan mereka. Tempat letak kenderaan kosong hampir tiada. Pada fikiran saya  ini adalah kerana terdapat terlalu banyak tempat-tempat untuk penunggang motosikal, tidak cukup tempat letak untuk kereta. Kami terpaksa meletak kereta agak jauh dari kedai.

restoran-ayam-penyet-ap-bangi-outside All in all, Restoran Ayam Penyet AP Bangi is a good restaurant if you’re looking for Smashed Chicken or Ayam Penyet and other Javanese dishes. The Ayam Penyet itself is excellent but the service could have been better and the parking is downright bad. Prices are average BBBangi Kopitiam level but more to OldTown White Coffee than to Papparich. It should be good for the lunch crowd, but go early or risk no parking.

Kesimpulannnya, Restoran Ayam Penyet AP Bangi adalah sebuah restoran yang baik jika anda mencari untuk Ayam Penyet dan lain-lain masakan atau hidangan Jawa. Ayam Penyet di sini adalah sangat baik tetapi layanan di sini dapat diperelokkan sedikit dan tempat letak kereta kosong memang sukar dicari. Harga di sini mengikut harga biasa kopitiam BBBangi tetapi lebih kepada Oldtown White Coffee daripada Papparich. Ia tempat makan baik untuk orang ramai makan tengah hari, tetapi kami nasihatkan pergi awal atau ambil risiko tiada tempat letak kereta berdekatan.

BangiBlog.my Score / Markah: 

Quality / Kualiti7/10
Quantity / Kuantiti7/10
Service / Servis7/10
Price / Harga7/10

 

VN:F [1.9.22_1171]
BBBangi Choice Score / Markah
Rating: 3.5/5 (1 vote cast)
Restoran Ayam Penyet AP Bangi, 3.5 out of 5 based on 1 rating

Related Posts / Post Berkaitan:

 06/03/2012  Posted by at 4:37 PM Food / Makan2 Tagged with: , , , , , , , ,  Add comments

  20 Responses to “Restoran Ayam Penyet AP Bangi”

  1. dah 2 kali ke sini

  2. The owner is chinese. Adakah ia halal? Selagi tiada Logo Halal Jakim elok jgn pergi makan walaupun pekerjanya kononnya islam dan melayu. Pastikan makanan kita tidak subahah. Kalau anda pegi Ayam penyet AP dikajang ada logo halal. Pada awal dibuka saya kesana dan tiada logo halal. wallahualam.

    • Terima kasih untuk komen anda. Nanti kami akan jenguk dan tanya.

    • Kami telah pergi bertanya dan mereka menjawab yang mereka ada ketiga-tiga sijil halal yang diperlukan cuma belum siap frame untuk paparkan. Mengikut diorang walaupun pemilik utama kedai adalah cina, semua supervisor dan staf pengurusan adalah melayu jadi harap isu Logo Halal Jakim ini sudah diselesaikan.

  3. Itu memang jawapan standard bagi restoran yang tiada logo halal JAKIM, dah dapat belum frame lagi, dah diperiksa JAKIM dan masih dlm proses keluarkan logo halal, dah panggil JAKIM, JAKIM sibuk dan belum datang, sedang apply, tengah apply, tak sempat gantung logo halal…..common reasons laa.

  4. dah try pegi..tak baper suka sup daging dan pecal lele..sambal yg manis..dan sup yang terlalu berempah…

    • Terima kasih untuk komen anda. Kami pergi situ pun baru cuba hidangan utama diorang seperti ayam penyet dan lele penyet.

  5. [...] RFC branch is located in the new Paragon Point row of shoplots right next to Restoran Ayam Penyet AP and the Charity Shoppe. Taking up two levels of shop lot space the restaurant is the latest branch [...]

  6. Kepada restaurant AP Bangi

    Salam dan selamat pagi, saya shukri dari biocrystalpest, kajang. info terkini untuk tuan kami menawarkan 3 cara pest control untuk pilihan dioutlet tuan .

    Pilihan (1) contract GPC servis pest control selama setahun (12 x) servis dengan hanya RN150.00 sebulan (servis dapur & parameter dining area shj).

    Pilihan (2) onetime GPC servis kos hanya RM250.00 shj(sprayed by our team) (servis dapur & parameter dining area shj).

    Pilihan (3) D.I.Y (Do it yourself at u outlet) dengan membeli 4 liter biochemical GPC dengan hanya RM200.00. Untuk pilihan nombor 3 tuan boleh beli terus melalui pejabat kami di Lot 2b, tgkt 1 bangunan tabung haji mini jalan sg chua, kajang. Kami juga menawarkan perhidmatan penghantaran biokimia percuma ke outlet tuan dengan panduan pengunaan penuh, pembayaran penghantaran adalah (C.O.D) basic. utuk keterangan lanjut sila hubungi saya (shukri) 017 3368240

  7. @ustazmohdizhar (Ustaz Izhar Arif TV9) : “Restoran AP Ria Sdn Bhd (Ayam Penyet) telah kami sahkan TIDAK HALAL di Negeri Selangor mewakili JAKIM. Harap ambil perhatian.”

  8. AP Ria: logo biru merah. Ayam Penyet AP: logo merah hitam. Saya rasa tak sama…?

  9. Restoran punya lah besar dan nmpk xclusive, nak beli frame utk tampal logo halal pun bertangguh. Takut ckp nak pancing org islam dtg mkn. Ada gak terfikir tokei mesti Cina sebab dia org ni yg kaya, ada ke Cina nak ambik ayam kat Melayu, harap dpt difikir fikirkan

    • memang rasa mcm tipu lepas dah lama mcm ni. Ah well, kami akan turunkan bintang kualiti untuk review ini.

  10. Kedai2 mamak pun byk yg meragukan. Harap gantung frame ayat2 suci AlQuran je, cuba suruh pkerja dia mengucap 2 kalimah syahadah…takpun mtk bos dia yg pakai kopiah dan bjggut pjg tu try baca ayat2 yg dia gantung tu…try tgk..hehe

    • Memang mencurigakan. Dengar bahawa Restoran AP Ria sudah diharamkan di Selangor, jadi kami akan update review apabila sudah kukuh buktinya.

  11. boleh bg status terkini tentang sijil halal kedai ap sbb saya baru je mkn kt kubang kerian,kelantan

Leave a Reply