Jan 272012
 

    Photo of Restoran Miyagi
    Restoran Miyagi
    Address / Alamat No. 2A Jalan Medan PB 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Phone / Telefon: 603-89274246 Fax / Faks: 603-89274245
    Menu | About us / Mengenai kami Map / Peta | Return to top.

    restoran-miyagi-sign Restoran Miyagi is one of the few Japanese restaurants in Selangor that actually feels like its a real-life Japanese restaurant. Originally opened up by a Japanese couple, the restaurant has been in Bandar Baru Bangi since I was little. I had my first really good, really authentic bit of Japanese cooking here and so far I’ve found very few other places that can rival it.

    Restoran Miyagi adalah Restoran Jepun di Selangor yang terasa macam restoran dari Jepun yang sebenar. Asalnya ia dibuka oleh pasangan Jepun, ia telah bertapak di Bandar Baru Bangi sejak saya masih budak lagi. Ia adalah tempat yang terbaik untuk merasa makanan Jepun yang tanpa tandingan di negeri Selangor ini.

    restoran-miyagi-front On the outside, Restoran Miyagi looks simple and unpretentious with its bright red sign. Just like real old-fashioned restaurants in Japan, Restoran Miyagi hangs a welcome sign above its doorway and even has a Japanese -style sliding door as the main entrance. Recently they moved the restaurant next to Restoran Kelisa which has more parking nearby. The new restaurant is more compact, with Japanese-style tables, chairs and booths. There’s even a sushi bar at the end so you can pull up a stool, order a bowl of noodles and drink hot green tea.

    Dari luar Restoran Miyagi nampak mudah dan selesa. Siap dipasang kain rentang ala restoran tradisional Jepun dekat pintu depan. Baru-baru ini mereka ada berpindah ke kedai baru berhampiran Restoran Kelisa. Dari dalam perasaannya lagi selesa, siap dipasang dengan meja, kerusi, hiasan dan sushi bar Jepun, semuanya dalam stail kayu jati.

    restoran-miyagi-curry-set The decor is mostly wood, with Japanese furnishings. Lighting is very warm without being too bright. The atmosphere is cozy and the waitresses are friendly. Service is still good and you can expect your meal within 15 minutes to half-an-hour. Food quality is awesome here. I have tasted sashimi and sushi from other places before but Restoran Miyagi serves the best I’ve tasted, practically a cut above the rest. It even beats out many places in Japan with the salmon or butterfish practically melting in your mouth.  The taste is very authentic Japanese from the miso soup and udon noodles to the Japanese curry and agedashi tofu. Prices may be a bit high, somewhere on the midrange side but it is less expensive than hotel food and tastes better too. One set meal can cost RM26 to RM40 for dinner. For lunch, these prices are reduced by about RM8.  Servings are huge though, so you can probably get one set and some sushi to share if you’re bringing friends.

    Tempatnya nyaman dan selesa. Lampunya terang dan terasa perasaan ramah. Pelayannya semua sama ramah serta layanannya cepat dan cekap. Anda boleh dapat makanan siap dalam 15 minit ke 30 minit. Makanan Jepun di Restoran Miyagi adalah yang terbaik pernah saya rasa, mengalahkan kebanyakan restoran Jepun di Selangor dan sesetengah restoran di Jepun sendiri. Cubalah Sashimi dan sushinya, memang potongannya lebih elok seperti hirisan ikan salmon dan butterfishnya cair dalam mulut. Semua masakannya memang terasa seperti masakan Jepun sebenar dari sup misonya sampai ke mi udonnya. Harga boleh tahan dengan satu set makanan antara RM26 ke RM40 tapi setnya memang besar dan ada banyak pilihan.  Harga waktu makan tengah hari dikurangkan lebih kurang RM8.  

    restoran-miyagi-table You can pay by cash or credit card here too. There are no pork or non-halal dishes served here but you can order warmed Sake or beer to drink as Restoran Miyagi serves the actual Japanese customers from all the nearby factories in Bandar Baru Bangi as well. Overall, Restoran Miyagi is an excellent Japanese restaurant with large servings and good prices. You can also call them for orders and take-away at 03-8927 4246. You can also email them at e-heng3471@yahoo.com

    Belilah set makanannya sebab harganya amat berpatutan dengan jumlah makanan Jepun yang akan anda dapat. Anda boleh pakai kad kredit ataupun wang kertas. Setahu saya tiada apa-apa masakan yang menggunakan babi atau yang tak halal kecuali Sake atau beer tapi itu memang dikhaskan untuk pelanggan yang bukan muslim seperti pekerja Jepun dari kilang Jepun di Bandar Baru Bangi. Secara keseluruhannya, Restoran Miyagi ini adalah restoran makanan Jepun terbaik di kawasan ini, mengalahkan hotel tetapi pada harga dan saiz hidangan yang amat berpatutan. Anda boleh hubungi mereka untuk tempahan atau bungkus pada 03-8927 4246 dan pada emel e_heng3471@yahoo.com.

    BangiBlog.my Score / Markah: 

    Quality / Kualiti9/10
    Quantity / Kuantiti9/10
    Service / Servis8/10
    Price / Harga8/10

    VN:F [1.9.22_1171]
    BBBangi Choice Score / Markah
    Rating: 3.8/5 (7 votes cast)
    Restoran Miyagi, 3.8 out of 5 based on 7 ratings

    Related Posts / Post Berkaitan:

      30 Responses to “Restoran Miyagi”

    1. salam ceria. sy berminat dgn apa yg ditunjukkan. sy juga punyai rancangan ingin membuka restoran yg suasana bertemakan konsep dari jepun seratus peratus. harap boleh bantu saya untuk saya meneruskan rancangan yang diberi ilham oleh Allah ini. harap dpat kerjasama dan maklumbalas serta tunjuk ajar yg baik dari anda semua. salam bahagia. ~ smile happy~ arigato.

      • Salam ceria kembali saudara. Memang hampir tiada market untuk makanan Jepun di Bandar Baru Bangi ini selain daripada Restoran Miyagi yang lebih pada kelas pertengahan (itupun ada Restoran Kampachi di Hotel Equatorial tapi mmg itu utk pengunjung kelas atas). Setakat ini market untuk restoran Jepun bahagian entry-level tiada langsung jadi peluang saudara memang cerah sekiranya saudara berminat. Bahagian entry-level pun boleh mendapat keuntungan lumayan dengan sushi, bento (makanan jepun bungkus) atau snek Jepun seperti takoyaki. Konsep makanan Jepun entry-level ni saudara boleh lihat dibuat di Jusco besar (midvalley, dsbg), saudara hanya perlu buat pada skala yg lebih kecil. Beritahulah kami apabila saudara hendak membuka usaha restoran Jepun saudara di Bandar Baru Bangi, nescaya kami akan datang dan meriahkan. Insya-allah.

    2. Boley share kat mane exactly location restoran miyagi ni?

      • Boleh. Cuba check gambar dekat bawah review tu ada peta siap dengan alamat. Kalau nak citer, tempatnya antara Pusat Kesihatan An-Nur dengan Az-Zahrah, bertentangan dengan Masjid Hijau Al-Hasanah, sama baris dengan restoran Kelisa. Tempatnya buka pukul 11.30 sampai 2.30 dan 5.30 sampai 9.30. Saya cadangkan pergi waktu 11.30 sampai 2.30 pasal harga lagi murah waktu tu.

        • thank you so much! i think i knew the location already. by the way, i like your blog. please keep on updating info about bangi. Awesome!

          • Thanks for the encouragement! Please do tell other people about BangiBlog.my. New features and more regular updates coming soon.

    3. boleh saya tahu nombor bg restorn miyagi…?? saya pelajar lepasan spm yg tgh mencari kerja skrg nih. kebanyakan kerja yg sy pergi, semuanya sudah penuh. jd saya ingin mencuba nasib di restoran miyagi dan lagi satu saya teringin nak tahu tentang maknn jepun, otaku la katakn… :3

      • Dozo yoroshiku Kousuke. Kami dah masukkan nombornya dalam review. Cuba tengok di bahagian paling bawah. Saya syorkan pergi terus dan tanya bosnya kalau ada kekosongan. Buat sementara ini mereka masih buka tetapi selang minggu depan mereka akan bersiap untuk berpindah, jadi cuba pergi sebelum 22 Januari 2012 ini.

    4. Dalam restoran dulu mereka ada halal cert terpampang terang2 dekat cermin depan tetapi mereka baru berpindah ke tempat baru ini tahun baru cina hari tu. Buat masa sekarang mereka buat pork free tetapi saya rasa mereka dalam proses nak minta cert halal. Kalau dulunya mereka buat cara halal rasanya tidak ada sebab untuk mereka tukar pada cara tidak halal, kerana setahu saya, menu mereka tidak berubah. Harap ini dapat menjawab soalan. Nanti saya akan tanya pemilik restoran miyagi mengenai maklumat lanjut.

    5. hari tu dah lalu depan tp ada was was sikit, harapnya restoran ni halal sbb teringin nak merasa makanan jepun ni

      • Setahu saya halal. Cuba masuk dan tanya. Tak silap ada cert halal di belakang kaunter bayar. Saya syorkan cuba, pasal memang sedap dekat sini.

    6. kepada peminat makanan jepun mmg patut cuba restoren ni.rasanya memuaskan hati,suasana yg selesa, servis yg cepat dan mesra,portion makanan yg besar dan yg penting, pelbagai.saya taklah biasa sgt dengan makanan jepun,kalau adapun mencuba sekadar di restoren spt sushi king dan yoshinoya di midvalley(skrg dah takde).saya tak begitu minat dgn sushi tapi suka cb makanan lain jd restoren miyagi adlh pilihan yg tepat utk mkn mknn jepun.hu2.kalau nk jimat sedikit pergilah masa makan tengahari (sbb mknn kt sini agak priceylah exp utk student atau jika nk bawa famili mkn2). makanannya sedap, setakat yg saya pernah cubalah. mereka juga ada bagi pencuci mulut percuma.kalau tak pandai makan nasi pakai chopstick macam saya,jgn lupa request sudu garfu ok.lagisatu,saya sgt suka tuala yg diberi sblm kite nk makan tu..sgt wangi rasa macam nk bawak balik je ;)

    7. I pun suke miyagi ni. bile makan kat sane, terase mcm kat jepun :) . food nye mmg besh! you will enjoy eating the japanese meal sambil mendengar beberape lagu jepun yg besh. cube la salmon grill set ;) .
      To the blog owner, please keep on updating and updating and updating the blog, don’t stop ya!. Alhamdulilah. You’ve helped me a lot on exploring Bangi.

    8. Alamat baru dia kat mana eh?

    9. Hello everyone. I must say this is the best Japanese Restaurant i’ve been so far ! I’ve been to a lot of hotels and a few restaurants in KL serving Japanese food but i think Restoran Miyagi is unparalleled in terms of Quality, Taste, Service and most important Dining Experience! You feel like you’re in a Japanese Restaurant and occasionally you get a few Japanese coming back from work to dine here (Bangi has a lot of Japanese companies in the industrial district) and that adds in to the experience. The food is absolutely good- its fresh, tastes really good, and they serve quite a big portion. The service is also excellent, it doesn’t take too long for your orders to be served, expect around 15-30 mins max. The price – it’s in the mid range bracket but i think it’s worth it. I also came here for buka puasa and there’s a mosque right in front of the restaurant, making it easier for me to pray. The restaurant is certified Halal by the authorities so Muslims need not worry.

      I love coming here with my wife and little daughter. I would recommend Japanese food lovers to come. Certainly, Restoran Miyagi is one of Bangi’s greatest treasures!

    10. [...] Mardhiah asked where Restoran Miyagi will be moving to, as we recently reported that they would be moving this January 2012. After [...]

    11. [...] saw this notice of moving at Restoran Miyagi. As one of the few restaurants I’ve been going to since I was a kid, the place has some [...]

    12. Ramai kata rest ni sedap..tapi ramai jugak yang was2..teringin nak pegi..seeloknya rest kat bangi nih kena la semuanya halal because penduduk bangi 90 % muslim..

      • Hmm. Memang restoran Miyagi sedap dan setau saya memang diorang tak pakai bahan yang tidak halal seperti babi (siap ada sijil halal untuk bahan belakang kaunter). Cuma… lebih kurang 50% pelanggan mereka yang lain sekarang adalah pelanggan jepun (dari kilang2 berdekatan) dan mereka sediakan Sake (arak jepun) untuk mereka, jadi itu mungkin antara sebab mereka tidak dapat sijil halal dari Jakim. Ini cuma pandangan peribadi saya, tetapi kalau bahan yang digunakan halal ini sudah mencukupi. Saya syorkan anda cuba tapi kalau anda sedang tunggu sijil halal sepenuhnya dari Jakim ini kemungkinan besar tidak akan berlaku.

    13. lots of my friends keep on questioning of halal certification for this resto.. kalau masih ragu-ragu saya cadangkan order makanan yang tidak sembelih spt ikan dan makanan laut..the resto is not serving any non-halal food eg: pork
      i did saw their halal cert at the back of the counter..could be their old halal cert b4 moving out to yhis area

    14. miyagi serves the freshest sashimi..worth every cents

    15. Tak semestinya pork free tu bermakna halal. Untuk pengetahuan anda semua, makanan jepun ada yang mencampurkan sake atau rice wine dalam sushi dan sebagainya. Juga, setengah kicap sashimi mengandungi alcohol (mirin). Jangan main bedal saja. Harus periksa dulu.

      • Setahu saya Restoran Miyagi tidak menggunakan arak dalam apa2 sushi mereka. Untuk pengetahuan anda biasanya nasi sushi dicampur dengan cuka beras dan bukan arak. Untuk pengetahuan anda arak mirin juga biasanya tidak dicampur untuk membuat kicap jepun tetapi untuk sos teriyaki. Tetapi ada juga resipi sos teriyaki yang tidak menggunakan mirin tetapi rasanya sama. Berhati-hati membuat tuduhan/nasihat tanpa pengetahuan sepenuhnya, nanti bangkai kambing disalah faham bangkai babi.

    16. Saya tak menuduh cuma mengingatkan sesama kita yang mengambil berat tentang Halalan Toyiban. Ada forumers yg mengatakan ada sijil halal tapi siapa yang bagi? Bila cek dengan website Jakim takde pun. Terpulanglah pada masing2. Tepuk dada tanya selera. Wallahualam.

      • Terima kasih untuk komen anda. Saya pun cuma mengingatkan dan cuba memberi pengetahuan lanjut tentang isu yang saudara bangkitkan. Kalau tak tahu selidik elok2 dulu.

    17. got any other branch in Kajang?

    Leave a Reply